right click disable

Friday 29 March 2013

Dugaan dalam rumah tangga


Sukar untuk gambarkan pahit naungan dalam rumah tangga namun ia perlu di hadapi.., setiap dugaan pasti ada kemanisan jika berjaya menghadapi nya ... tiada siapa yg dapat mengajari tentang kehidupan.... namun dugaan tetap ada kerana kebencian iblis dalam kerosakan perkahwinan .., antara kesukaran dan kepayahan yang boleh menghancurkan kebahagian..., perlulah menghadapi dengan penuh sabar....

1. Sukar Untuk Menyatukan Pendapat.

Banyak pasangan suami isteri baru yang sering berkelahi dalam perkara-perkara yang kurang penting seperti pilihan perabot dan tempat makan. Masing-masing mahu mempertahankan ego sendiri dan merasakan bahawa pendapat mereka lebih baik daripada pendapat pasangan.

Tidak di nafikan pendapat yang sama sukar diperolehi oleh pasangan .. di sini akan mula timbul sikap yang kurang senang

Ego.. masing2 ada ego... tetapi ego lelaki lebih kuat kerana suami lebih merasakan betul berbanding isteri atas dasar tanggung jawaba membuat lelaki ego sukar mendengar pendapat isteri ... kadang2 di sebab kan suami pandangan imaginasi jauh berbanding isteri.. itu menyebab kan masing2 kurang persefahaman dalam kehidupan keluarga ..

Masalah ini dapat di atasi.. pasangan kena sentiasa bermesyuarat untuk dapat keputusan.. sunah kepada kita untuk bermesyuarat kerana dalam mesyuarat ada keberkatan pilihan.

Pendapat yang tidak sama dapata di kurangkan jika mengambil keputusan yang memuaskan pihak

2. Kewangan – Duitku Duitmu

Kebanyakan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk menguruskan perihal kewangan rumah tangga mereka.Soal belanja dapur,bil eletrik,bil internet,hutang kereta dan sebagainya boleh menjadi menjadi isu serius dan menimbulkan masalah besar dalam keluarga.Sikap terlalu boros dan terlalu berkira juga mungkin akan membuatkan pasangan merasa kurang senang dengan gaya hidup tersebut. Oleh yang demikian, suami isteri sewajarnya membincangkan masalah dan pengurusan mereka secara terbuka sejak awal perkahwinan lagi.Soal tabungan juga tidak boleh dilupa.
Kadang-kadang kita sering terlupa bahawa perkahwinan ini adalah satu ibadah.Lagi banyak kita memberi kepada pasangan dan keluarga,lagi banyak lagi pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah SWT. Ingatlah, setiap rezeki adalah milik Allah SWT. Mohonlah kepadaNya. Disamping itu, bahagikanlah tugas pembayaran bil ini secara adil dan saksama mengikut kemampuan pasangan.

3. Sukar Meninggalkan Gaya Hidup Bujang

Seringkali kita mengharapkan pasangan untuk memahami gaya hidup kita mendirikan rumah tangga.Sebelum ini kita mungkin bebas beraktiviti bersama rakan-rakan ,bekerja hingga lewat malam,menghias kereta berhabis-habisan dan sebagainya.Sebaiknya,fahami kehendak dan keperluan keluarga,dan luangkanlah lebih masa yang berkualiti bersama mereka.Pada masa yang sama,mereka yang masih bujang dan belum berkahwin juga perlu memahami dan menghormati keadaan sahabat mereka yang sudah membina masjid.

4. Sukar Bergaul Dengan Keluarga Mertua

Berkahwin dengan pasangan turut bermaksud ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan,khususnya ibu dan bapa mertua yang perlu disayangi dan dihormati seperti ibu bapa kita sendiri. Maka ,sebagai seorang ahli baru dalam keluarga  pasangan,kita perlu  pandai bergaul dan membawa diri.Setiap orang tentunya berbeza tahap pergaulannya.Ada yang pemalu dan pendiam,sukar untuk memulakan sesuatu perbualan sehinga dianggap sombong di kalangan keluarga mertua. Ada juga yang peramah dan bermulut becok.Justeru,adalah amat penting bagi kita untuk meminta pasangan memberi pemahaman yang sewajarnya kepada keluarga mertua tentang sikap kita bagi mengelakkan timbulnya salah sangka.Seiring dengan usaha tersebut,by hook or by crook,kita juga perlu belajar begaul dengan mereka.Mulakan dengan mencari titik persamaan antara kita dan mertua.eg:Menonton sukan bola sepak bersama atau berbicara tentang isu semasa (atau mungkin gossip-gosip semasa ).Jambatan hubungan ini perlu dibina secara kreatif dan  diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi menjamin keharmonian alam rumah tangga.

Solusi

Aku pernah meminta nasihat dan pesanan daripada sahabat serta ahli keluarga sebelum mendirikan bait al muslim ini.Antara beberapa pesanan yang biasa di berikan kepada ku adalah pesanan untuk sentiasa bersabar dan saling bertolak ansur. Mudah untuk diungkapkan namun sukar untuk dilaksanakan.Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ,ayat 187 yang bermaksud:

“Mereka wanita ialah pakaian bagi kamu,dan kamu juga adalah pakaian bagi mereka”

Dalam ayat di atas Allah SWT menggunakan perkataan ‘pakaian’ sebagai suatu analogi yang cukup indah bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan yang semestinya terjalin antara pasangan suami isteri.

Mengambil pandangan Professor  Dr Yusuf al Qardawi dalam bukunya Fatawa al Mar’ah al Muslimah(Fatwa-fatwa Tentang  Wanita Muslimah),beliau  menghuraikan beberapa makna ‘libasa ‘ dalam ayat tersebut sebagai penutup,pemelihara,pemanas,pembalut,perhiasan dan kecantikan.Sehubungan dengan itu,ia jelas menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita yang bergelar suami isteri harus mampu untuk menyediakan diri untuk menjadi pakaian terindah dan terbaik bagi mencerminkan imej dan identiti diri dan pasangan.

No comments:

Post a Comment